Tuesday, 18 December 2012

JOM KITA KENALI KAMPUNG SAYA



Assalamualaikum,.

Salam perkenalan dari saya kepada peminat-peminat blog.


Saya ingin perkenalkan kampung saya.Anda ingin tahu....


Jom...


Kampung Ini terletak antara Kuala Lipis dan Jerantut.Jarak dari Kuala Lipis lebih kurang 30 Km dan dari Jerantut lebih kurang 25 Km.Dihubungkan dengan jalanraya berturap dari Kampung Mela dan Kuala Tembeling.


Namun...


Di pisahkan oleh sungai jelai yang merentasi kampung ini.Kampung ini di kenali sebagai kampung tradisional kerana hampir keseluruhan kampung berada dalam suasana desa tinggal.


Masih ada penduduk dikampung ini yang menjalankan aktiviti harian pertanian,menoreh getah,perladangan dan pemburuan.


Kebanyakan penduduk adalah diusia hampir dewasa dan berusia emas.


Apa yang menariknya?..


Kampung ini adalah sedataran dengan Taman Negara Kuala Tahan.Tidak boleh dilalui melalui jalan darat kerana rentasan hutan sahaja yang ada setelah di tinggalkan pembalak.Namun usaha telah dijalankan untuk menghubungkan terus dengan Kawasan Rekreasi ini...


Projek Jambatan Menyeberangi Sungai Jelai ke Kampung Gemunchor sedang berjalan dan dijangka akan siap hujung tahun 2014...


Kampung yang saya maksudkan ialah KAMPUNG GEMUNCHOR.


Sebuah kampung lama tempat saya dilahirkan..


Disana ada tinggalan warisan keluarga saya iaitu sebuah rumah Tradisional Melayu Pahang.Pernah menjuarai Pertandingan Rumah Tradisional Pahang di awal tahun 1980an dahulu.


Usaha untuk memulihara warisan keluarga ini hampir tidak kesampaian kerana tiada penghubung untuk terus ke kampung ini.Hanya jambatan balak yang hampir runtuh yang masih digunakan.


Namun perjuangan untuk membina semula aset berharga ini akan kami usahakan setelah jambatan konkrit siap dibina nanti....



RUMAH TRADISIONAL MELAYU PAHANG
SIGN BOARD PEMBINAAN JAMBATAN BERHAMPIRAN LOJI AIR MELA
Inilah Saya,,...
Anda kenal saya?.
Jarak
Kerai....ikan sungai jelai..
Masih banyak lagi mendiami kawasan pinggiran sungai..


PROJEK NAIK TARAF JALAN 


No comments:

Post a Comment