Thursday 15 May 2014

Salam Hormat

Hari ni saya nak beritahu satu berita penting.

Sahabat saya seorang Usahawan Internet yang tak asing lagi di Malaysia saudara Mohd Najib Asaddok ni baru sahaja bekerjasama dengan seorang pakar pelaburan saham untuk menerbitkan satu panduan khusus tentang saham.

Tujuannya untuk memahamkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan bumiputera teknik sebenar menjana kekayaan dengan pelaburan saham.

Jika anda perhatikan ada beberapa instrumen pelaburan yang boleh memberikan pulangan kepada pelabur.

Contohnya seperti berikut:-
  • ASB - Sekitar 8% setahun
  • Tabung Haji - Sekitar 7-8% Setahun
  • Simpanan Tetap - 3.5% Setahun


Tetapi pelaburan saham dapat memberikan keuntungan yang lebih lumayan berbanding instrumen pelaburan lain. Saya berikan anda contoh satu saham yang dibeli oleh saudara Najib baru-baru ini.

 Beliau telah membeli kaunter syarikat UMW Oil & Gas pada harga RM3.00 seunit pada 1 Nov 2013. Minimum saham yang boleh dibeli adalah 100 unit. Maka beliau perlu mengeluarkan kos pelaburan RM300 sahaja.

Baru-baru ini pada 19 Dis 2013 saham UMWOG tadi  telah meningkat kepada RM4.11. Maka nilai saham yang dibeli dah menjadi RM411. Keuntungan lebih 37% dalam masa hanya 50 hari. Menarikkan!

Ada lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia yang dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh anda labur. Yang penting kena ada ILMU dan Mentor yang boleh membimbing anda.

 Sebab tu saudara Najib bersama Mentor beliau baru sahaja melancarkan satu panduan DVD yang dinamakan Momentum Saham. Menariknya ada di kalangan student mereka dah dapat keuntungan di kaunter saham baru-baru ini hanya dalam masa 6 hari.

 Dapatkan sekarang untuk harga ‘Early Bird’ yang dah diberikan diskaun khas. Selepas habis 50 unit harganya akan dinaikkan. 

Klik link di bawah untuk mendapatkannya sekarang juga.

 http://www.momentumsaham.com/hop.php?ref=jurangduan


Jadilah pelabur bijak!


Ikhlas,

radzuan  abd rahman


P.S Anda yang dapatkan DVD ni akan dimasukkan ke dalam
sati group khas untuk mendapatkan bimbingan terus dari
Mentor Saham.

Tuesday 13 May 2014

PROGRES JAMBATAN MENYEBERANGI SUNGAI JELAI KE KAMPUNG GEMUNCHOR





Thursday 8 May 2014

Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27

Kenapa saya kata anda perlu membeli ebook ini....

- Ramai calon telah berjaya menjawat jawatan sebagai penolong pegawai arkib S27 setelah medapatkan pannduan mudah ini.

- Mereka akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dipelajari untuk menghadapi peperiksaan ini

- Hampir kecewa dengan panggilan temuduga kerana gagal dalam peperiksaan.

- Tidak ada sumber tepat untuk mendapatkan info

Semua ini adalah sebahagian daripada kenapa anda perlu mendapatkan panduan mudah penolong pegawai arkib S27 ini.

Kenapa tunggu lagi :-


Jom beli disini ....

Wednesday 30 April 2014

KAMPUNGKU

KAMPUNGKU..

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA,SALAM SATU MALAYSIA..


  • SAYA ADALAH ANAK GEMUNCHOR...MUNGKIN ADA YANG TIDAK TAHU MOTIF DISEBALIK AYAT TERSEBUT
  • BAGI YANG PERNAH KE SANA PASTI AKAN SENTIASA MENGENALI KAMPUNG INI.
  • TERLETAK 25 KM DARI BANDAR JERANTUT DAN 30 KM DARI BANDAR KUALA LIPIS
  • PEKAN TERHAMPIR ADALAH KAMPUNG MELA
  • TEMPAT ORANG KAMPUNG INI MEMBELI KEPERLUAN DAN JUGA MERUPAKAN NADI KEPADA SEKTOR PERUSAHAAN KAMPUNG.
  • MENJADI TEMPAT MENUNTUT ILMU DAN PENDIDIKAN SETEMPAT

  • SEKOLAH YANG MENJADI TEMPAT PERTAMA SAYA MENDAPAT PENDIDIKAN
  • BERMULA DARI DARJAH 1 PADA TAHUN 1981
 KAMPUNG GEMUNCHOR DITADBIR OLEH TUAN HAJI IDRIS BIN MUKIM BUSU . MERUPAKAN SEORANG IMAM DI KAMPUNG TERSEBUT.MEMPUNYAI KETOKOHAN UNTUK MEMIMPIN MASYARAKAT.BELIAU DAPAT MEMUAFAKATKAN MASYARAKAT KAMPUNG MENERUSAKAN KEMAJUAN SETEMPAT.BELIAU KEMBALI KE RAHMATULLAH SEWAKTU MEMEGANG JAWATAN IMAM MASJID GEMUNCHOR.


SETELAH KEMATIAN TUAN HAJI IDRIS, KAMPUNG INI DI KETUAI OLEH HAJI ABD.RAHMAN BIN MAT SALLEH. MERUPAKAN AYAH KEPADA PENULIS BLOG.BELIAU SEBELUMNYA MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KHATIB DI MASJID TERSEBUT.NAMUN ATAS RASA TANGGUNG JAWAB BELIAU MEMIMPIN MASYARAKAT SEBAGAI KETUA KAMPUNG KE 2.DI USIA BELIAU BELIAU MENGIMPIKAN CITA-CITA  MENDAPATKAN KEMAJUAN SELURUH KAMPUNG GEMUNCHOR DAN PEMBINAAN JAMBATAN UNTUK MENGHUBUNGKAN SUNGAI JELAI.

NAMUN BUKAN SEMUA IMPIAN MENJADI KENYATAAN, AKIBAT KESAN EKONOMI NEGARA DI MASA ITU, IMPIAN TIDAK DAPAT DI REALISASIKAN.NAMUN BELIAU BERJAYA MENDAPATKAN BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM KEPADA PENDUDUK KAMPUNG GEMUNCHOR PADA TAHUN 1985.

SEBELUMNYA PENDUDUK MENGGUNAKAN PELITA DAN LAMPU GASOLINE ATAU GENERATOR PERSENDIRIAN UNTUK MENERANGKAN SUASANA GELAP MALAM.

USAHA BELIAU JUGA DILIHAT MENAMPAK KAN HASIL DENGAN PEMBINAAN JALAN TANAH MERAH HASIL KERJASAMA DENGAN PENGUSAHA BALAK YANG MEMBENARKAN PENGGUNAAN JAMBATAN BALAK MERETASI SUNGAI JELAI BERHAMPIRAN LOJI AIR MELA.

DAPATLAH KENDERAAN MASUK KE KAMPUNG INI WALAUPUN DENGAN PERMUKAAN JALAN YANG TIDAK SEMPURNA.

TIADA LAGI LAUNGAN "OIII" JEMPUTT"" (UNGKAPAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANGIL ORANG SEBERANG MENJEMPUT MENGGUNAKAN BOT).

ANAK-ANAK BELIAU JUGA TIDAK BEGITU SUKAR UNTUK MENZIARAHI BELIAU DENGAN KEMUDAHAN TERSEBUT.

BELIAU JUGA BERUSAHA MENDAPATKAN PEMBINAAN MASJID BARU, BALAIRAYA BARU UNTUK KAMPUNG INI.

NAMUN SETELAH BERUSAHA DAN BERUSAHA, BELIAU AKHIRNYA TEWAS DENGAN KEHENDAK SEMASA YANG MENUNTUT BELIAU MENJALANKAN DUA TUGAS SERENTAK.BELIAU SEBELUMNYA MENJAWAT JAWATAN IMAM MASJID AKHIRNYA MELEPASKAN JAWATAN KETUA KAMPUNG KEPADA SETIAUSAHA BELIAU SEWAKTU ITU.BELIAU LEBIH MENUMPUKAN KEPADA BIMBINGAN AKIDAH MASYARAKAT SETEMPAT DENGAN MENGURUKAN MASJID GEMUNCOR SEBAGAI IMAM.

AKHIRNYA, BELIAU MERASAKAN PERLU UNTUK MENERUSKAN USAHA GIGIH MEMBANTU MASYARAKAT DAN BELIAU TELAH BERPINDAH KE KAMPUNG SERDANG DALAM TAHUN 1998.

TINGGALAH KENANGAN BELAIU DISANA UNTUK SELAMANYA..

HAJI ABDUL RAHMAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA TAHUN 1999....


ISMAYATIM BIN SALLEH TELAH MEMIKUL TUGAS SEBAGAI KETUA KEMPUNG KE-3 UNTUK MENERUSKAN USAHA MEMAJUKAN MASYARAKAT DISITU.BELIAU TELAH MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI KETUA KAMPUNG INI DAN MERERUSKAN LEGASI PERJUANGAN AYAH PENULIS BLOG INI.

BELIAU TELAH BERJAYA MEREALISASIKAN IMPIAN MASYARAKAT DENGAN TERBINANYA JAMBATAN MENYEBERANGI SUNGAI JELAI DI KAMPUNG GEMUNCHOR.PROSES PEMBINAAN JAMBATAN KONKRIT MASIH DIJALANKAN SEHINGGA BLOG INI DITULIS.

USAHA BELIAU TELAH MENGERAKKAN KEMAJUAN UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT MENONGKAH ARUS KEMAJUAN.NAMUN SEGALA USAHA BELIAU JUGA AGAK TERSISIH AKIBAT KURANGNYA PENDUDUK YANG MENDIAMI KAMPUNG TERSEBUT AKIBAT PENGHIJRAHAN.TOK EMPAT ISMAYATIM JUGA TELAH MEMBUKA KAMPUNG BARU DAN MEMBERI PELUANG KEPADA PENUDUK LUAR UNTUK MENERUSKAN KEMAJUAN KAMPUNG.

KAMPUNG BARU DIBUKA DISINI DAN SEHINGGA SEKARANG KAMPUNG INI MASIH BERPENGHUNI...

ISMAYATIM JUGA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH BERSAMA KENANGAN YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN OLEH SESIAPA YANG MENGENALINYA.NAMUN LEGASI BELIAU DITERUSKAN...


KETUA KAMPUNG KE EMPAT ADALAH ROSLAN BIN HAJI IDRIS (ANAK KEPADA TOK 4 PERTAMA)..SEHINGGA KINI BELIAU MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN KAMPUNG INI DAN MEMBERI LEBIH BANYAK RUANG UNTUK PENDUDUK MENDAPTAK KEMUDAHAN.TERLALU BANYAK TANAH YANG BOLEH DIUSAHAKAN DI BELAKANG KAMPUNG INI UNTUK DITEROKAI PEMBANGUNAN PABILA JAMBATAN INI DI BUKA NANTI...

APA YANG JELAS, PERHUBUNGAN AKAN MENJADI LEBIH MUDAH APABILA JAMBATAN INI SIAP NANTI DAN JARAK PERJALAN ANTARA NEGERI BOLEH DI KURANGKAN JIKA PEMBINAAN JALAN MENGHUBUNGKAN TERENGGANU TERLAKSANA..


APA YANG DIHARAPKAN ADALAH SEBUAH IMPIAN MENJADI KENYATAAN..


NUKILAN RASA ANAK GEMUNCHOR....
























Tuesday 29 April 2014

Peperiksaan Akauntan W41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. 

Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon. 

Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41 Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). 

Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. 

Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. 

Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Akauntan W41 Disini

Format Peperiksaan Akauntan Gred W41

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
 

Tip Menjawab Soalan Akauntan W41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut. 

 (b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat. 

 (c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?

 Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?   

Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?   


Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset? A. Kos Pembaikan B. Harga Kos Belian C. Nilai Skrap Aset D. Jangka Usia Penggunaan Aset   

Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? A. 28 B. 49 C. 56 D. 62   

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di 

 [+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41  




Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan